Travel

Bank Islam kerjasama Andalusia Travel sasar pembiayaan untuk golongan muda

BUAT julung kalinya Bank Islam bekerjasama dengan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pembiayaan kepada bakal-bakal jemaah yang ingin menunaikan umrah dan haji ke Tanah Suci.

Dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara dua hala ini turut melancarkan Kempen Tabung Haji Visa Debit Kad I & Al Awfar 2024.

Menurut Pengarah, Perbankan Runcit dan Pengagihan, BIMB, Encik Zamree Mohammed berkata seiring dengan tagline, ‘’Urusan Dipermudahkan, Lebih Tenang Beribadah’’.

‘’Kami membantu mencukupkan simpanan ke Tanah Suci melalui kemudahan Pembiayaan Peribadi sehingga kemudahan pembelian tanpa tunai menerusi Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji dan Kad Kredit-i Bank Islam.

‘’Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji diperkenalkan pada tahun 2020. Ia mempunyai ciri khas yang membolehkan pelanggan melakukan urusan perbankan Akaun Tabung Haji di semua ATM Bank Islam. Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai tawaran menarik di saudagar terpilin Bank Islam dan Visa selain pengecualian Fi pengeluaran tunai di Arab Saudi semasa Musim Haji’’, katanya.

Pengarah dan penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours, Puan Hajah Ida Riswana Idris, menjelaskan 3 syarat yang sudah merujuk di Muzakarah Haji dan Fatwa Kebangsaan.

‘’Dalam pembiayaan umrah dan haji adalah dibolehkan dan diharuskan mengikut pinjaman kewangan yang dilakukan tidak mempunyai unsur-unsur riba , pemohon hendaklah mempunyai pendapat yang melebihi sara diri dalam tanggungannya untuk lunaskan hutang, terakhir, pembiayaan yang dilakukan dibuat di atas dasar menyegerakan’’, jelasnya.

Dengan hanya serendah RM189.86 sahaja selama 5 tahun, merupakan perancangan kewangan yang boleh mendisiplinkan umat Islam dalam merancang waktu perlaksanaan ibadah umrah dan haji di usia muda.

MOU ini akan berjalan selama dua tahun tetapi jika mempunyai permintaan yang tinggi Bank Islam akan meneruskan dan menambah baik sistem dari masa ke semasa.

Artikle Berkaitan :>

Andalusia Travel lancar Pakej Haji 1445H dan Brosur Andalusia 2024/2025-1446H

Bank Islam turun kadar sebanyak 25 mata asas

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button