Ekonomi

Bank Islam turun kadar sebanyak 25 mata asas

Oleh BERNAMA

Bank Islam Malaysia Bhd menyemak semula Kadar Asas (BR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% daripada 3%.

Ketua pegawai eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed, berkata, kadar baru yang berkuat kuasa pada 28 Jan, 2020 menyaksikan BR turun sebanyak 25 mata asas daripada 3.77% kepada 3.52% setahun, manakala BFR daripada 6.72% kepada 6.47% setahun.

“Penurunan ini akan mengurangkan beban kewangan pengguna dan seterusnya merangsang pelaburan dan penggunaan domestik memandangkan kadar keuntungan akan diselaraskan sewajarnya.

“Selain itu, penurunan itu akan diterjemahkan kepada jumlah ansuran lebih rendah, sekali gus meningkatkan ekonomi,” kata Mohd Muazzam dalam satu kenyataan.

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button