Nasional

Ikut sangat Waze, akhirnya masuk laluan motosikal

Akibat terlalu mengikut sangat laluan yang tertera di aplikasi Waze, seorang lelaki akhirnya terlepas masuk ke laluan motor di Lebuh Raya Persekutuan pada kelmarin.

Lelaki berusia 53 tahun yang memandu kereta berkenaan telah tersalah membuat tetapan motosikal di aplikasi Waze hingga menyebabkan laluan itu berubah ke lorong motosikal.

Perbuatan lelaki itu berjaya dirakam seorang penunggang motosikal sebelum tular di laman sosial semalam.

BACA> Dah kenapa ikut laluan motosikal?

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin.

“Pemandu tersebut didapati membawa kenderaan jenis Volvo dan sedang dalam perjalanan dari syarikatnya di Jalan Sungai Besi ke pusat servis kereta di Shah Alam.

“Disebabkan tersalah tetapan di Waze telah membuatnya termasuk ke laluan motosikal sebelum dibantu untuk keluar oleh pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

>BACA Dua wanita ditahan edar, tanam pokok ganja

Menurut Nik Ezanee, pihaknya telah memanggil pemandu tersebut untuk diambil keterangan dan ujian saringan air kencingnya juga didapati negatif bahan terlarang.

Tambahnya, pemandu tersebut telah dilepaskan sementara kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. -SM

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button