NasionalTravel

Tukar nama Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka

BUKIT St. Paul di Bandar Hilir, Melaka akan ditukar namanya kepada Bukit Melaka bagi mengembalikan nilai sejarahnya.

Usaha tersebut dicadangkan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) supaya nilai sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang dipromosikan berbanding nama penjajah.

Bukit St. Paul merupakan mercu tinggalan sejarah yang terkenal di Melaka kerana di kakinya terletak pintu gerbang Kota A’Famosa.

“Bukit Melaka adalah nama asalnya. Bila penjajah masuk Melaka nama itu ditukar kepada Bukit St. Paul.

“Jadi, sekarang seolah-olah kita sedang mempromosikan nama gereja yang ada di situ.

BACA > 1,000 pegawai telah dikenakan tindakan — Suara Merdeka

“Justeru, kita mahu kembalikan nama itu kepada pemilik asalnya iaitu kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.”

Demikian kata Pengurus Besar Perzim, Mohd. Nasruddin Rahman seperti dipetik portal Melaka Hari Ini menerusi wawancara khasnya semalam.

Dalam wawancara tersebut, beliau memaklumkan usul pertukaran nama itu akan dibawa ke peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut.

“Perzim kini sedang menyediakan kertas kerja untuk menukar nama berkenaan.

“Ia akan dibawa ke peringkat PBT dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diluluskan.

“Kita akan bawa ke mesyuarat Exco dan jika mendapat kelulusan kita boleh tukar nama Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka.

BACA > Mana pergi 214,398 warga asing, tiada rekod keluar Malaysia — Suara Merdeka

“Ia hanya memerlukan kelulusan sebelum nama itu boleh diwartakan. Kertas kerja untuk penukaran nama itu sudah disediakan.

“Kita akan mengusulkannya dalam masa terdekat,” katanya.

Usaha Perzim untuk menukar nama Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka perlu di sokong kerana ia sebahagian daripada pemerkasaan Bahasa Malaysia.

Bukit tersebut dinamakan sebagai Bukit St. Paul kerana terdapat sebuah gereja berada diatasnya yang dibina oleh Portugis ketika era penjajahannya di Melaka.

Gereja tersebut dibina oleh seorang Kapten Portugis bernama Duarte Coelho pada tahun 1521.

Pembinaan gereja pada tahun tersebut menjadikannya antara bangunan tertua di Malaysia dan Asia Tenggara.

BACA > Selangor sedia 24,500 peluang pekerjaan — Suara Merdeka

Bagaimanapun, pertukaran nama kepada Bukit Melaka juga penting kerana ia akan mempromosikan sejarah empayar Melaka yang lebih panjang berbanding penjajahan Portugis. – SM

 

(Visited 1,004 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button