Nasional

Penipuan SMS: Pegawai syarikat telekomunikasi ditahan

SEORANG pegawai syarikat telekomunikasi ditahan reman selama lima hari bermula hari ini kerana disyaki terlibat dengan kes rasuah sindiket penipuan sistem perkhidmatan ringkas (SMS).

Difahamkan, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Aisyah Mohd. Yusof di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berumur 49 tahun itu ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

“Suspek disyaki telah menerima wang rasuah berjumlah RM300,000 yang diterima secara berperingkat melalui akaun peribadinya daripada salah sebuah syarikat.

“Wang tersebut diberikan sebagai balasan mendapatkan senarai nombor telefon pelanggan yang menggunakan pelan prabayar dari 2017 hingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Semalam, tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman selama lima hari bermula hari ini kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai-pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Wang tersebut diberi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna. -SM

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button