Nasional

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja akan diadakan di Istana Negara esok

YANG DiPertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah akan mengadakan pertemuan dan mesyuarat khas dengan Majlis Raja-Raja  di Istana Negara esok.

Difahamkan, Seri Paduka Baginda akan meminta pandangan Raja-Raja mengenai kebuntuan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Mesyuarat akan bermula pada pukul 10.30 pagi dan ia dijangka berlangsung sekurang-kurangnya tiga jam.

Cadangan ditubuhkan Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tetapi setakat ini, belum dapat dipersetujui oleh kedua-kedua pemimpin parti.

Dalam Mesyuarat Khas Raja-Raja esok, Raja-Raja dijangka diberi taklimat mengenai prosedur undang-undang.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja juga dijadual diadakan pada Isnin. – SM

 

(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button