Nasional

1,000 pegawai telah dikenakan tindakan

SEBANYAK 1,000 pegawai penjawat awam telah diambil tindakan ekoran pelbagai kesalahan menurut Laporan Ketua Audit Negara sejak 2012 hingga 2018.

Ketuanya, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berata, daripada jumlah tersebut 255 pegawai telah dihukum, 604 lagi bebas dan 141 masih dalam prosiding.

Antara tindakan diambil adalah amaran (141), tangguh pergerakan gaji (26), denda (11), turun gaji (10), denda dan amaran (sembilan), surcaj dan amaran (sembilan), turun gaji dan amaran (tujuh), buang kerja (tiga) dan turun pangkat (satu).

Selain itu, katanya 29 pegawai dikenakan surcaj, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah (dua), denda dan surcaj (dua), turun gaji dan denda (satu) serta turun pangkat dan amaran (satu).

BACA> Penasihat khas PM cadang haram iklan produk pemutih kulit

“Kadang-kadang kita merasakan bahawa jabatan agak berlembut yang mana hukuman agak ringan tetapi jabatan audit tidak boleh campur tangan kerana kita cuma buat audit dan menemukan ketidakpatuhan sahaja,” katanya seperti dilaporkan Bernama

Nik Azman berkata Jabatan Audit Negara (JAN) menghormati keputusan yang diambil jawatankuasa di setiap jabatan yang melakukan siasatan yang mungkin turut mengambil kira faktor lain dalam membuat penilaian.

“Mungkin JAN nampak hukuman itu ringan tetapi jabatan itu mungkin mengambil faktor-faktor tertentu atau faktor mitigasi lain yang boleh mengurangkan hukuman tersebut,” katanya.

Nik Azman berkata setiap kali pengauditan dilakukan, JAN akan melaksanakan audit susulan bagi mengetahui lebih mendalam sebab dan punca sesuatu perkara berlaku.

BACA> Bapa durjana lacurkan anak, isteri ditahan

“Sebagai contoh kalau terbayar lebih, kita akan buat audit susulan lebih mendalam dan akan lihat apa ia, kenapa berlaku dan siapa bertanggungjawab dan siapa yang memberi kelulusan,” katanya.

JAN seterusnya akan bermesyuarat dengan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menubuhkan kawatankuasa siasatan dalaman di peringkat jabatan atau kementerian untuk mengenal pasti sama ada berlaku kesilapan, salah guna kuasa atau kecuaian dan mengambil tindakan sewajarnya, katanya.

Nik Azman berkata setiap proses tindakan akan direkodkan dan dimuat naik di portal Auditor-General’s Dashboard. -SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button