Hiburan

Maulidur Rasul, Siti Nurhaliza antara yang kongsi kerinduan di Mekah

BERSEMPENA dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini, beberapa selebriti tempatan berkongsikan pengalaman kerinduan dan kenangan mereka semasa di tanah suci.

Selain gambar kenangan sewaktu mengerjakan ibadah tersebut, ramai juga yang mengambil peluang untuk membuat ucapan khas serta memberi ilmu dengan berkaitan selawat.

Antara yang berkongsi gambar sewaktu berada di sana ialah Zizak Razak, Elizad Sharifuddin, Nurul Khiriah, Rebecca Nur Al-Islam dan Shuib.

Turut berkongsi gambar kenangan ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut berkongsi antara kelebihan berselawat.

“Antara kelebihan berselawat ialah menghapuskan kesalahan dan dosa, mendapat rahmat, menjadi benteng daripada sifat munafik dan menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah,” katanya.

Sementara itu, penyanyi, Faizal Tahir pula memuat naik gambarnya ketika berada di Mekah dan menyatakan rasa kerinduan sewaktu berada di sana. -SM

(Visited 474 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button