BanjirBencana alamLuar Negara

Ibu kota Korea Selatan alami banjir buruk, bekalan elektrik utama terus terputus!

Ibu kota Korea Selatan mengalami cuaca yang sangat buruk dan hujan lebat sejak semalam menyebabkan bekalan elektrik terputus malah kereta api bawah tanah juga turut tenggelam dilanda banjir kilat.

Disebabkan limpahan air, banjir telah melanda di seluruh kawasan Seoul dan pihak berkuasa terpaksa memindahkan penduduk setempat.

Menurut sumber, hujan lebat di Seoul mencecah hampir 420mm setakat 5 pagi tadi dan kemungkinan besar diramal hujan akan melanda sekali lagi.

“Bahagian selatan Seoul menerima lebih 100mm hujan sejam pada lewat Isnin, dengan beberapa bahagian bandar itu menerima 141.5mm hujan, hujan terburuk dalam 80 tahun,” lapor media tempatan Korea Selatan.

Di daerah Gangnam juga padat dengan penduduk, turut terputus bekalan elekrik,dan ada beberapa bangunan telah ditenggelami banjir.


Ramai yang telah terkandas akibat kereta, bas, dan stesen kereta api bawah tanah tidak boleh bergerak akibat air Hujan yang terlalau deras .

Terdapat gambar dan video yang tersebar melalui media sosial menunjukkan jalan raya juga dinaiki air serta air hujan turut mengalir ke anak tangga stesen kereta api bawah tanah.

“Lima orang telah maut di Seoul dan dua yang lain di wilayah jiran Gyeonggi setakat 6 pagi Selasa,” ujar kenyataan Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan Pusat Seoul.

Tambahanya lagi, 4 orang maut selepas terperangkap dalam bangunan yang dilanda banjir, seorang lagi terkena renjatan elektrik, seorang ditemui di bawah serpihan perhentian bas, dan seorang lagi maut dalam tanah runtuh dan sekurang-kurangnya sembilan orang di kawasan itu cedera, manakala enam lagi masih hilang.

Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan Pusat Seoul mengeluarkan amaran becana tersebut dan meminta pekerja yang bekerja di pejabat atau luar menyesuaikan waktu kerja mereka.

Kerajaan juga telah mengambil inisiatif dengan menghantar mesej keselamatan awam yang dihantar kepada penduduk di Seoul dengan memberi amaran tentang kemungkinan akan terjadi tanah runtuh.

Malah penduduk yang tinggal berhampiran dengan hutan juga dinasihatkan supaya berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.

(Visited 97 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button