fbpx
Sukan

Kehadiran tiga jurulatih tambah keyakinan Zii Jia

KEHADIRAN tiga jurulatih iaitu Datuk Misbun Sidek, Hendrawan dan Indra Wijaya dalam skuad perseorangan lelaki negara, beri kelebihan kepada Lee Zii Jia untuk lebih berkeyakinan.

Pemain badminton perseorangan lelaki utama negara berusia 22 tahun itu yang mula dibimbing Hendrawan sejak Julai lepas mengakui banyak perubahan positif dirasai dari segi prestasinya.

“Setiap kali tukar jurulatih memang berbeza. Semua jurulatih tidak sama. Setakat ini saya dengan Hendrawan sudah biasa, improvement sudah nampak. Saya pun harap saya masih boleh bekerjasama dengan Hendrawan lagi.

“Bukan Hendrawan sahaja, ada jurulatih Misbun dan Indra Wijaya juga yang tolong saya. Saya rasa bangga ada tiga jurulatih yang sentiasa ada di belakang saya. Mereka buat saya lebih yakin,” katanya kepada media selepas menamatkan cabaran pada kejohanan Masters Malaysia 2020, pada Sabtu.

Zii Jia mempamerkan aksi cemerlang apabila mara ke saingan separuh akhir namun tewas kepada pemain nombor satu dunia daripada Jepun Kento Momota.


Dalam perkembangan lain, Zii Jia berkata beliau mungkin perlu berbincang dengan jurulatihnya mengenai teman sepelatih baharu selepas Soong Joo Ven digugurkan daripada kem badminton negara.

Selain Joo Ven, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mengumumkan pengguguran enam lagi pemain iaitu dua pemain perseorangan lelaki, Tan Jia Wei dan Ziyad Md Tah, beregu wanita, Lim Peiy Yee-Lim Chiew Sien dan beregu lelaki berpengalaman, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

“Bagi saya memang dalam kem kebangsaan sekarang semua pemain remaja sahaja. Kalau kira saya paling tua. Saya tidak sangka paling tua dalam BAM.

“Mungkin kena mohon untuk teman sepelatih baharu, kerana nampak junior saja yang boleh berlatih dengan saya,” katanya. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button