Sukan

Lagenda badminton Indonesia, Markis Kido meninggal dunia

Arena badminton antarabangsa hari ini dikejutkan dengan pemergian lagenda jaguh beregu Indonesia yang pernah meraih pingat emas di temasya Olimpik Beijing 2008, Markis Kido dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung hari ini.

Khabar berkenaan disampaikan bekas pegawai perhubungan awam Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia, Yuni Kartika kepada CNNIndonesia.com.

“Benar Markis Kido sudah meninggal dunia. Tidak tahu penyakit sebenar,” kata Yuni.

Yuni berkata, pemain berkenaan yang berusia 36 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Tangerang dekat Jawa.

Berita sedih itu turut disahkan oleh Badminton Indonesia menerusi ciapan di Twitter milik mereka sebentar tadi.

Ketika zaman kegemilangannya, Markis pernah meraih emas di Olimpik Beijing ketika berpasangan dengan Hendra Setiawan.

Selain itu, pada 2007 Markis menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Kuala Lumpur Malaysia selain emas Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Markis juga merupakan pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA. –  SM

(Visited 679 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button