Sukan

PM ucap tahniah kepada regu badminton

Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Aaron Chia dan Soh Wooi Yik merangkul pingat pertama Olimpik 2020 buat negara.

Beregu badminton itu menang pingat gangsa.

Tahniah Malaysia!
Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik!

Kemenangan dan sumbangan pingat yang amat diharap serta dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan tanah air.

Pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diraih malam ini tentunya mampu menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada atlet-atlet negara yang lain untuk memburu kilauan pingat seterusnya.


Tahniah saya ucapkan kepada pasangan Aaron Chia-Wooi Yik, serta barisan kejurulatihan atas sumbangan pingat sulung buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo ini.

Buat pasangan muda kita ini, teruskan usaha dan berjuanglah demi negara. Anda telah membuktikan yang negara boleh menaruh harapan kepada anda. Tahniah, anda kebanggaan Malaysia!

Syabas!

Demi Malaysia!
Demi Malaysia!
Demi Malaysia!

https://www.facebook.com/112183975526837/posts/4257070771038116/

 

Pingat pertama Olimpik 2020

(Visited 54 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button