Sukan

Subang Parade rai kedatangan Piala Dunia 2022

Kuala Lumpur 24 Nov. – Subang Parade, sebuah hartanah teras milik Hektar REIT, meraikan kedatangan Piala Dunia 2022 dengan kempen Football Fever 2022.

Bagi meraikan Musim Bola Sepak 2022, Subang Parade telah menyediakan pelbagai aktiviti mesra keluarga di zon legar pusat dari 26 November hingga 11 Disember, yang merangkumi Shoot For Glory, Persembahan Bola Sepak Gaya Bebas, Kelas Kemahiran Bola Sepak dan Pertandingan Futsal 3vs3 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Korporat Hektar Reit Zarina Halim, dengan dihadiri pemain bola sepak profesional Malaysia Shivan Pillay.

Zarina berkata, ia merupakan peluang yang sangat baik untuk ahli keluarga datang beramai-ramai bersama-sama bermain permainan dan bergembira bersempena cuti sekolah yang baru bermula.


Subang Parade adalah merupakan sebuah pusat beli-belah komuniti dan sejajar dengan fokus kami dari aspek sosial berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), keutamaan kami adalah untuk memberikan pengalaman membeli belah dan mempromosikan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan penglibatan kesejahteraan fizikal oleh komuniti.

“Ini selaras dengan komitmen pihak kami kepada Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ketiga iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (UNSDG 3).” katanya di sini hari ini.

Antara aktiviti yang menarik adalah cabaran “Shoot for Glory” di mana pembeli boleh memenangi hadiah lumayan dengan merembat bola ke sasaran. Hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM10,000 yang disediakan adalah 70 inci LG 4k TV, Samsung S22, Apple Watch SE dan 5 x hadiah saguhati.

Sepanjang tempoh kempen, akan ada persembahan bola sepak gaya bebas, klinik bola sepak disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa serta pertandingan timbang bola setiap hujung minggu dari 7 petang hingga – 9 malam.

Aktiviti yang paling menarik adalah pertandingan Futsal 3 lawan 3 pada 10 dan 11 Disember 2022 yang diadakan di kawasan legar pusat beli-belah. Peraduan futsal ini dibuka kepada kanak-kanak dalam dua kumpulan umur – 7 hingga 9 dan 10 hingga 12.

(Visited 20 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button