BeritaNasionalPendidikan

KPM kaji wajibkan sekolah sehingga Tingkatan 5

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbang cadangan untuk mewajibkan pendidikan peringkat menengah.

Hal itu dijelaskan Menterinya, Dr. Maszlee Malik mengambil maklum cadangan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengesyorkan rakyat Malaysia menerima pendidikan sehingga Tingkatan 5.

Menurut Mazlee, beberapa perkara perlu diteliti termasuk menyemak semula Akta Pendidikan 1996 sebelum digubal.

“Semakan semula ini telah diadakan secara berperingkat dan pelan tindakan telah disediakan.

“Tahun hadapan, kita sasarkan untuk Akta ini dipinda bagi memastikan Pendidikan Wajib,” katatanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Tambah beliau, akta pendidikan semasa tidak mewajibkan kanak-kanak untuk memasuki Sekolah Menengah selepas mereka menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Benar seperti kata Tuanku, sehingga hari ini, Akta Pendidikan kita cuma mewajibkan pendidikan sehingga ke sekolah rendah.

“Memahami keadaan ini, kita di Kementerian telah memulakan proses awal yang penting, iaitu menyemak semula Akta Pendidikan 1996,” ujarnya.

Dalam pada itu, Maszlee turut menganggap mewajibkan pendidikan sehingga Tingkatan 5 adalah sebahagian daripada reformasi sistem pendidikan bagi memastikan tiada sesiapun tercicir. – SM

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button