Sukan

Indonesia menamatkan penantian kejuaraan Piala Thomas setelah menunggu hampir dua dekad

Indonesia menamatkan penantian hampir dua dekad untuk memenangi Piala Thomas setelah menewaskan juara bertahan China 3-0 di final di Ceres Arena malam tadi. Kali terakhir Indonesia memenangi piala adalah pada edisi 2002 di Guangzhou, China. Indonesia kini memegang 14 gelaran dalam kejohanan tersebut.

Pemain nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting mengatur langkah dengan meraih mata pertama untuk Indonesia. Beliau bangkit dari satu set untuk mengalahkan pemain nombor 27 dunia, Lu Guang Zu, 18-21, 21-14, 21-16 setelah pertempuran sengit yang berlangsung lebih dari satu jam. Pada awal perlawanan Anthony dilihat sedikit gementar berbanding Guang Zu lebih agresif. Tetapi beliau berjaya keluar dari tekanan pada set kedua dan ketiga, menjadi lebih tenang dan berjaya mengubah keadaan.

Rentak kemenangan Indonesia diteruskan dengan beregu gandingan Fajar Alfian-Rian Ardianto,yang tidak berdepan masalah untuk menewaskan beregu China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong, 21-12, 21-19 dalam masa 43 minit di hadapan lebih 2,000 orang penonton.

Indonesia mengesahkan kemenangan 3-0 menentang China dengan pemain nombor tujuh dunia, Jonatan Christie meraih kemenangan 21-14, 18-21, 21-14 menentang pemain nombor 65 dunia, Li Shi Feng. Jonatan memberi penghargaan kepada rakan sepasukan atas kejayaan itu, dan mengucapkan terima kasih kepada semua orang Indonesia atas sokongan mereka.

Sebagai rekod, kali terakhir pasukan Indonesia menjuarai Piala Thomas adalah pada tahun 2002. Kejayaan kali ini juga menyaksikan Indonesia melebarkan rekod selaku pasukan dengan kejuaraan terbanyak, iaitu dengan 14 gelaran, manakala China pula kekal selaku pasukan kedua terbanyak dengan 10 kejuaraan. – SM


(Visited 105 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button