Jenayah

Juruteknik Cuckoo dipanggil memberikan keteragan terhadap kes Bainun

Mahkamah Seksyen semalam memberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.

Menurut sumber Bernama, bekas juruteknik penyelenggara sebuah syarikat penapis air, Azrin Aisyah Mohd Razi, 32, berkata jika ada sebarang kerosakan atau aduan dari pelanggan akan dilaporkan kepada rakan sekerja atau melalui talian ‘Cust Service Cuckoo’.

“Tetapi tiada aduan dan laporan dalam sistem rekod (syarikat),’’ kata saksi pendakwa ke-21 itu semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes pengasas rumah kebajikan itu yang mendakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sidrom Down dikenali sebagai Bella.

Manakala, juruteknik syarikat penapis air sama, Mohamed Rezuan Satori, 25, berkata beliau pergi ke kondominium Siti Bainun di Wangsa Maju pada 24 Mei tahun lepas untuk membuat pemeriksaan ke atas mesin penapis air selepas menerima laporan daripada Siti Bainun mengenai masalah kebocoran.

Katanya mesin penapis air berfungsi dengan baik walaupun terdapat kebocoran pada adaptor (kepala paip) pada singki dan beliau menukar adaptor baharu berikutan air menitik pada bahagian adaptor.


“Apabila masuk ke unit kondominium itu, saya lihat ada lebih kurang lima kanak-kanak berada di situ.

“Saya terus membuat pemeriksaan ke atas mesin penapis air itu serta melakukan kerja-kerja penukaran yang mengambil masa 30 minit,” kata saksi pendakwaan ke-22 itu,” kata saksi pendakwaan ke-22 itu.

Diminta membuat pengecaman ke atas Siti Bainun, Mohamed Rezuan berkata:”Dia (Siti Bainun) duduk sebelah ‘kakak’ yang pakai tudung biru”, namun saksi itu kemudian memberitahu beliau rabun jauh dan Hakim Izralizam Sanusi mengarahkannya untuk memakai cermin mata.

“Cermin mata saya tertinggal di dalam kereta,” kata Mohamed Rezuan menyebabkan hakim meminta saksi untuk pergi ke kandang tertuduh bagi membuat pengecaman ke atas Siti Bainun dan saksi kemudian mengenal pasti individu itu adalah Siti Bainun.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium Wangsa Maju.

Sebelum ini peguam Siti Bainun mencadangkan kepada saksi lain dalam perbicaraan kes itu bahawa dakwaan Bella dicurah air panas adalah rekaan semata-mata kerana penapis air di rumah anak guamnya rosak sejak Mac 2021.

Perbicaraan ini akan disambung pada pada hari ini.

(Visited 22 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button