Berita

Alhamdulilah adik Bella semakin ceria

TULAR sebuah video memaparkan keadaan terkini adik Bella ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini sehingga menarik perhatian warganet.

adik Bella bersama rakannya

Dalam hantaran tersebut, remaja berusia 15 tahun itu dilihat ceria selain wajahnya tidak henti mengukir senyuman di bibir.

Rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira selain memuji kecomelan Bella yang dilihat semakin sihat dan dijaga rapi dibawah pihak bertanggungjawab.

Berita mengenai hukuman terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali atas dua pertuduhan, mengabaikan dan menganiaya seorang remaja sindrom Down oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur membuat orang berpuas hati dengan keputusan hakim akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya.

Tertuduh, Siti Bainun
Tertuduh, Siti Bainun

Terdahulu, Siti Bainun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua pertuduhan terbabit dalam kejadian di sebuah kondomonium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara Februari hingga Jun 2021.

Sebelum ini peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf merayu agar mahkamah mempertimbangkan kerana atas faktor saiz badan dan tahap kesihatan anak guamnya selepas wanita berusia 31 tahun itu didapati bersalah.

Pihak pembelaan juga memaklumkan bahawa tertuduh telah insaf selain kejadian ini adalah kesalahan pertamanya.

Namun malangnya, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana pertuduhan terhadap Siti Bainun adalah serius.

ARTIKLE BERKAITAN

Siti Bainun dipenjara 12 tahun

Che’ Puan Khaleeda rakam ucapan penghargaan kes Bella dan Siti Bainun

 

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button