JenayahNasional

10 pukat haram di Port Dickson di sita

SEBANYAK 10 pukat haram disita Jabatan Perikanan Negeri Sembilan kerana didapati menceroboh kawasan larangan dalam operasi jabatan itu di sekitar Tanjung Tuan, Port Dickson, Isnin lepas.

Pengarahnya Halimi Abu Hanip berkata pemasangan pukat di kawasan perairan Tanjung Tuan adalah suatu kesalahan kerana kawasan berkenaan telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan Perikanan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Operasi ini dijalankan bagi menghapuskan pukat haram yang ditinggalkan individu tidak bertanggungjawab. Tiga anggota dari Unit Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menjalankan operasi ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua pukat berkenaan disita mengikut Seksyen 49 akta yang sama kerana ia menjadi perangkap maut kepada hidupan marin dan boleh merosakkan ekosistem terumbu karang yang wujud di perairan.

Halimi berkata bagi kesalahan menceroboh kawasan larangan perikanan, individu boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 25, Akta Perikanan 1985. – BERNAMA


(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button