Nasional

Guru maut kerana ambil vaksin Covid-19 tidak benar – Polis

SEORANG guru wanita berusia 54 tahun yang didakwa maut akibat mengambil vaksid Covid-19 baru-baru ini disahkan palsu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, berita palsu tersebut mula tular di media sosial sejak 2 April lalu.

“Berita yang tular itu adalah tidak benar dan kita menafikan punca kematian mangsa adalah disebabkan vaksin yang diambil pada 30 Mac lalu.

“Siasatan awal hospital mendapati mengsa mempunyai rekod rawatan penyakit kronik iaitu kencing manis, jantung dan darah tinggi sejak setahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Aidi Sham berkata mangsa mengalami sawan kira-kira pukul 10.30 malam pada Khamis lalu sebelum dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital kira-kira pukul 12.20 tengah malam pada Jumaat,

Dalam pada itu, Aidi Sham turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan pada orang ramai.

Tambahnya, tindakan tegas boleh diambil terhadap penyebar berita palsu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988. -SM

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button