Luar Negara

Seorang rakyat Malaysia antara kes import Covid-19 di Singapura

SEORANG lelaki rakyat Malaysia berusia 43 tahun adalah antara 22 kes baharu import COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Menurut data penuh yang dikeluarkan Kementerian itu lewat malam tadi, lelaki pemegang permit kerja itu tiba dari Malaysia dan bergejala.

Setakat tengah hari Khamis, tiada kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura, semua kes baharu merupakan kes import, menjadikan keseluruhan kes 59,624.

Daripada 22 kes baharu yang diimport, 19 adalah tidak bergejala manakala tiga didapati bergejala.

Kes import lain adalah dari India, Indonesia, Jerman, Jepun, Nigeria, Filipina, dan Emiriah Arab Bersatu.


Seorang lelaki warga Singapura berusia 56 tahun yang pulang dari Malaysia juga merupakan antara kes import bergejala di sini. Setakat ini, Singapura mempunyai tiga kluster. – BERNAMA

(Visited 39 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button