Luar Negara

Diego Maradona jalani pembedahan otak buang darah beku

DIEGO Maradona akan menjalani pembedahan otak selepas dia dimasukkan ke hospital. Ikon Argentina itu telah dibawa ke hospital di La Plata kira-kira satu setengah jam perjalanan dari ibu kota Buenos Aires, pada Isnin lalu, hanya beberapa hari selepas sambutan ulang tahunnya yang ke-60 tahun.

Maradona, yang juga legenda Barcelona serta Napoli dan kini menjawat jawatan sebagai pengurus Gimnasia LP telah dimasukkan ke hospital dan ia tiada kaitan dengan jangkitan coronavirus sebagai punca kepada penyakitnya itu.

Menurut laporan awal oleh TYC Sports, Maradona akan menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di otaknya. Hematoma subdural dikesan semasa imbasan CT pada Selasa, dan dia perlu menjalani pembedahan.

“Dia cukup jelas, memahami dan bersetuju berhubung pembedahan yang perlu dilakukan itu,” kata doktor peribadinya, Leopoldo Luque.

Maradona telah dipindahkan dari sebuah klinik di Olivos untuk prosedur tersebut, yang mengambil masa selama enam jam. Kali terakhir Maradona dilihat di khalayak umum ialah sewaktu menghadiri perlawanan Gimnasia menentang Patronato pada malam Jumaat lepas (awal pagi Sabtu waktu Malaysia).

Namun, satu rakaman video oleh peminat menunjukkan pemenang Piala Dunia 1986 itu kelihatan tidak sihat apabila dia terpaksa dibantu sepanjang berada di stadium.

pilihanAnak perempuannya Gianinna sewaktu memberi maklum balas kepada video tersebut berkata: “Ia telah merobek jiwa saya.”

Sebelum ini, Luque pernah memberitahu, bahawa Maradona menderita menghidap penyakit anemia dan penyahhidratan, tetapi legenda itu ada menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

“Keadaannya lebih baik berbanding semalam, dan dia tidak sabar untuk meninggalkan hospital. Saya kalau boleh mahu dia duduk sehari lagi.

“Dia mengalami masalah anemia dan sedikit penyahhidratan, kami perlu rawat masalah tersebut dan dia ada menunjukkan kemajuan.

“Kami mahu tingkatkan tahap kesihatannya sebaik yang mungkin, dan kami memerlukan sedikit lagi masa untuk berbuat demikian,” kata Luque kepada pemberita yang menunggu di luar klinik Ipensa.

Peminat Gimnasia telah beramai-ramai ke hospital bagi memberi penghormatan kepada Maradona.

“Disebabkan dia berasakan kesihatannya bertambah baik, dia mahu keluar hospital.

“Saya memintanya bersabar. Dia telah tidur dengan lena pada sebelah malam dan emosinya berada dalam keadaan yang baik,” tambah Luque.

Maradona sebelum ini pernah berdepan beberapa masalah kesihatan yang mengancam nyawanya. Pada 2005, dia pernah menjalani pembedahan pintasan gastrik bagi membantu usahanya menurunkan berat badan, sebelum melakukan prosedur sama sekali lagi pada 2015.

Dia juga pernah dimasukkan ke hospital pada Januari 2019 kerana masalah pendarahan dalam perut. – Mirror – SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button