fbpx
Nasional

Lima kluster baharu Covid-19 dikesan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengesahkan terdapat lima kluster baharu telah dikenali pasti iaitu masing-masing dua di Sabah dan Selangor manakala satu di Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Sakti yang dikesan di daerah Lahad Datu, Sabah telah mengesan sebanyak 17 kes positif Covid-19.

“Sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 154 individu telah disaring 18 kes dikesan positif COVID-19 ,101 individu dikesan negatif dan 35 individu masih menunggu keputusan.

“Satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Tuguson ialah di daerah Kota Belud, Sabah dan berjaya mengesan sebanyak 18 kes positif Covid-19 manakala 128 lagi sedang menunggu keputusan,” katanya.

Sementara itu, Selangor pula mencatatkan dua kluster baharu iaitu Kluster Bah Medan dan Kluster Taman Laut.


Jelasnya, Kluster Bah Medan ialah di daerah Sepang dan sebanyak 20 individu telah dikesan positif Covid-19 manakala 32 yang lain sedang menunggu keputusan.

“Bagi Kluster Taman Laut di daerah Petaling, enam kes positif Covid-19 telah dikesan manakala 99 lagi sedang menunggu keputusan.

“Kluster Taman Bunga pula di daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jelebu, Negeri Sembilan,” ujarnya.

Tambahnya, bagi kluster tersebut, sebanyak 23 individu telah dikesan positif Covid-19 manakala tujuh lagi sedang menunggu keputusan. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button