Politik

Parti Pejuang jangan nak mengada-ngada!

MANA-MANA parti politik baharu yang perlu daftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menunggu dan bukannya diluluskan pendaftaran parti dalam tempoh yang singkat.

Parti Pejuang yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad baharu memohon kira-kira dua bulan sahaja daripada ROS dan khabarnya, mendesak agar pendaftaran diluluskan segera.

Sedangkan ROS juga mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Menurut Setiausaha Agung parti PUTRA, Borhan  Zakaria, Parti Putra telah mengemukakan permohonan pada 13 Ogos 2018 kepada ROS untuk kelulusan pendaftaran.

“Setelah tidak menerima jawapan daripada ROS sekitar enam bulan, pihak Penaja Putra memfailkan semakan kehakiman dan semasa kes pengurusan.

“Mahkamah telah menetapkan perbicaran pada 9 Mei 2019 tetapi pada 8 Mei 2019, Parti Putra menerima Sijil Kelulusan ROS maka pembicaraan tidak diteruskan,” kata Borhan.

Kata Borhan lagi, apa yang mahu dikongsikan dengan pembaca SUARA MERDEKA ialah senario di mana Parti Putra menunggu hampir sembilan bulan, baharu mendapat kelulusan ROS.

“Manakala Parti Pejuang bahau mengemuka permohonan mereka sekitar dua bulan sahaja. Tak mungkin dalam tempoh dua bulan, ROS boleh luluskan permohonan mereka.

“Maka kenalah bersabar sikit. Tidak ada mana-mana pihak wajar menerima layanan istimewa. Ikutlah proses SOP ROS dan tidak perlu nak mengada-ngada,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, Parti Putra yakin Parti Pejuang akan mendapat kelulusan ROS dan seperti Penaja parti Putra, sentiasa bersikap istiqomah dan tenang walaupun dituduh penubuhan parti. memecah belahkan orang Melayu.

Tambah beliau, pucuk pimpinan Putra sentiasa konsisten dengan apa jua pandangan dan sikap serta tidak memulangkan paku dulang, paku serpih!

“Semoga dengan pertambahan parti-parti politik Melayu akan meraikan lagi perjuangan politik orang Melayu,” kata Borhan. – SM

(Visited 523 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button