Politik

Bung Mokhtar sahkan Barisan Nasional bekerjasama dengan GRS pada PRU15

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata gabungan itu akan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai barisan bersatu untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bung Mokhtar dan Setiausaha GRS Datuk Seri Masidi Manjun telah mengesahkan bahawa terdapat kata sepakat untuk bekerjasama dan rundingan kerusi hampir selesai.

“Kami sedang memuktamadkan pengaturan perkongsian kerusi untuk memastikan kemenangan kepada calon masing-masing,” kata Masidi.

“Kami akan membuat pengumuman mengenai pembahagian kerusi pada masa yang sesuai,” kata Bung Mokhtar.

Kedua-duanya, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri yang memerintah sekarang, sedang meneliti butiran formula perkongsian kerusi mereka yang membabitlkan sembilan parti untuk 25 kerusi Parlimen di Sabah.


Perjanjian itu, yang masih belum diumumkan secara terbuka, menamatkan spekulasi bahawa mereka akan bertembung berikutan kegagalan pakatan di peringkat nasional.

Sebelum ini, mereka mengumumkan keyakinan untuk bekerjasama tetapi mengakui perlu melihat bagaimana situasi berlaku di peringkat kebangsaan.

GRS terdiri daripada lima parti — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM Sabah), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Sabah.

BN Sabah terdiri daripada empat parti — UMNO, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA dan MIC.

Pakatan antara BN dan GRS itu dipercayai akan diperkuatkan lagi dengan kehadiran Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Warisan telah memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya dalam PH dan kini terlibat dalam perang mulut dengan DAP.

Pada pilihan raya umum 2018, Warisan dan Pakatan memenangi 14 kerusi manakala parti Barisan Nasional Sabah memenangi 10 kerusi dan (ketika itu pembangkang) Sabah Star memenangi satu.

Pada masa ini, GRS mempunyai lapan kerusi, diikuti oleh Warisan (7), PH (5), BN (3), dan Parti Bangsa Malaysia mempunyai satu.

Kerusi parlimen Batu Sapi kekal kosong berikutan kematian Datuk V.K Liew dari Warisan pada 2 Oktober 2020. – SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button