Politik

Sokong Kerajaan PN hingga September

SEBANYAK 31 ahli Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan Perikatan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin.

Sokongan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Menurut Ismail Sabri, kesemua ahli BN junjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memberi perkenan kerajaan dan menentukan keabsahan Muhyiddin di Parlimen melalui usul undi percaya pada bulan depan.

“Kita menyokong kerajaan PN sehingga September iaitu sehingga Parlimen bersidang.

“Kita terus bantu kerajaan menyelesaikan isu pandemik Covid-19 dan menyelesaikan isu ekonomi rakyat. Kita tidak mahu menjadi wakil rakyat yang tidak bertanggung jawab kepada rakyat,” katanya.

Sebagai ahli parti, Ismail Sabri secara jelas berkata, mereka setia pada parti dan objektif mereka adalah berkhidmat kepada rakyat.

Katanya lagi, dalam keadaan sekarang, mereka tidak lari daripada tanggungjawb yang diamanahkan oleh rakyat.

“Kita tidak mahu menjadi pemimpin yang tidak bertanggung jawab dalam keadaan rakyat susah. Titah Agong, untuk terus terikat dengan keabsahahan kerajaan dan tunggu bulan September, Parlimen bersidang.

“Sehubungan itu, arahan kepada Presiden UMNO, kami desak beliau berjumpa kami, jelaskan tujuan dan hasrat beliau kepada kami ahli-ahli parlimen. Presiden tak boleh keluarkan arahan secara tiba-tiba, beliau perlu jelaskan kepada kami,” ujar Ismail Sabri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera.

Ismail Sabri menegaskan, sebagai ahli parti, kami pemimpin setia kepada parti. Setiap tindakan jangan sampai merugikan parti dan membebankan rakyat.

Pada sidang akhbar yang sama, pemimpin parti komponen BN, MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong secara ringkasnya berkata, MCA bersama dengan BN dan merupakan parti komponen BN.

“MCA juga mementingkan rakyat dan tangani bersama soal Covid-19. Kita terima apa juga pandangan,” katanya.

Datuk Seri S. Saravanan berkata, “setakat ini keputusan majlis MIC, akur dengan keputusan BN kerana kami telah bertanding atas tiket BN, sama seperti MCA.

“Jadi, segala harus dibuat demi kebaikian BN. Kami teruskan sokongan kepada kerajaan sementara ini.”

Perkara kedua yang dibangkitkan oleh MIC dalam sidang akhbar yang sama pagi ini, di peringkat BN, MIC termasuk UMNO dan MCA.

“Ada 41 kerusi, jadi UMNO tidak kerja sama dengan DAP, Bersatu, PKR. Apa hala tuju sekarang ini dan itu satu persoalan yang saya perlu jelaskan kepada ahli-ahli parti.

“Semua blur. Satu Malaysia blur. No PKR, no DAP, no Bbersatu. Halatuju kita, di mana?

“Bukan saya seorang sahaja yang blur , satu Malaysia blur. Apakah pendirian BN?

“Kalau kerajaan sekarang jatuh, mana-mana pihak tak boleh nak tubuh kerajaan. Krisis politk dan ekonomi tidak dapat diselesaikan,” katanya. – SM

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button