Politik

Lanjutkan operasi kedai makan

HAD masa sehingga pukul 8 malam bagi restoran atau kedai makan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini disifatkan tidak memadai.

Peraturan itu menyukarkan golongan yang pulang bekerja lewat petang atau malam bagi mendapatkan makanan sebelum mereka tiba di rumah.

Malah, perkhidmatan e-hailing penghantaran makanan pun menutup waktu pengambilan pesanan lebih awal menyebabkan golongan tersebut tidak dapat membeli makanan sebelum pulang.

Oleh demikian beberapa pihak membangkitkan masalah ini dan menyifatkannya sebagai tidak berpadanan apabila menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) tetapi tidak memikirkan mereka yang hanya boleh ke kedai membeli makanan selepas pukul 8 malam.

“Semua gerai atau restoran diwajibkan tutup 8pm (malam). Tiada penghantaran dan bungkus. Sebab? Kena kawal Covid-19. (Sejak bila Covid-19 jadi power waktu malam?)

“Tetapi, pelajar diwajibkan balik sekolah untuk SPM dan STPM walaupu dari kawasan merah. Tak takut Covid-19 pula?!”

Demikian kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menerusi ciapan dalam Twitternya membantah penutupan kedai makan pada pukul 8 malam.

Terdahulu, ketika PKP2.0 diumum dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa sop termasuk operasi sektor ekonomi diketatkan.

Termasuklah gerai makan dan restoran, namun operasi sektor ekonomi lain yang membenarkan pekerja datang bekerja pula dibolehkan beroperasi seperti biasa.

Kecuali kakitangan yang melibatkan pengurusan perlu bekeja dari rumah (BDR), hanya 30 peratus sahaja dibenar berada di pejabat.

Situasi tersebut didakwa sebagai tidak seimbang dan menyukarkan pekerja yang boleh bekerja tetapi tidak dapat membeli makanan apabila pulang.

Hal tersebut turut mendapat perhatian Pengarah Komunikasi PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil apabila membuat tinjauan secara dalam talian.

Malah, menerusi satu undian pol yang diadakan dalam Twitternya, 94.2 peratus pengundi mahukan kedai makan dilanjutkan operasi sehingga pukul 10 malam, sementara 5.9 peratus sahaja tidak bersetuju.

“Kedai makan patut buka sehingga sekurang-kurangnya jam 10 malam, untuk take away dan delivery sahaja,” ciapnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, turut menggesa kerajaan melakukan perkara yang sama, malah membenarkan operasi kedai makan sehingga 24 jam.

“Kerajaan perlu membenarkan rakyat mendapatkan makanan. Benarkan restoran atau gerai makan dibuka sehingga puku 12 tengah malam untuk bungkus.

“Sementara bagi perkhidmatan penghantaran pula, benarkan restoran dan gerai makan beroperasi selama 24 jam,” katanya juga menerusi akaun Twitternya hari ini.

Tambah Maria, ujian saringan secara percuma juga perlu diberikan kepada semua pekerja bagi membenarkan pengoperasian sektor ekonomi. – SM

(Visited 492 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button