NasionalNegeri

Selangor sedia program tuisyen untuk pelajar SPM

KERAJAAN Negeri Selangor mengambil inisiatif memperkasa Program Tuisyen Rakyat (PTRS) bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama tahun ini.

Program tersebut merupakan sinergi antara Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) serta anak syarikat Menteri Besar Incoporated (MBI).

Menerusi kerjasama itu, satu plafrom digital di wujudkan untuk melaksanakan e-PTRS bagi kemudahan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Program ini dilihat memberi nilai tambah kepada para pelajar dan guru untuk memperkasakan pembelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0 ini.

Ia sekaligus memberi peluang kepada pelajar dan guru untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan walapun pembelajaran dan pengajaran (PDP) tidak berjalan seperti biasa.

“Ia dimulakan dengan kandungan Program Pecutan Akhir SPM yang merangkumi mata pelajaran yang ditawarkan dalam PTRS iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan Matematik dan ditambah nilai dengan mata pelajaran STPM iaitu Pengajian Am dan MUET.

“Alhamdulillah usaha ini bersama ini menampilkan JPN selaku agensi yang menyediakan kandungan pembelajaran, PPAS sebagai agensi yang membantu membuat rakaman dan fasiliti yang terlibat dan MBI pula membantu dari segi dana untuk menjayakan pelakanaan platform digital ini.”

Demikian kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan menerusi blognya yang mahu pendidikan tidak terganggu akibat daripada penutupan sekolah yang kerap berlaku.

Tambahnya, program yang boleh diakses secara percuma ini menyediakn modul khas kepada guru dan pelajar yang disaring oleh tenaga pakar daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Selain itu, kandungan berkonsepkan multimedia dan interaktif itu dijangka memudahkan pelajar untuk lebih memahami subjek yang dipelajari.

“Kandungan pembelajaran dalam ePTRS.my adalah dalam bentuk video dan para pelajar boleh bersoal jawab dengan guru yang telah membuat perkongsian secara interaktif melalui platform ePTRS.my ini.

“Platform ini juga menampilkan pembelajaran dalam talian yang dipakejkan bersama guru bimbingan.

“Ini kerana setiap pelajar yang terlibat dengan PTRS telah mempunyai guru bimbingan masing-masing.

“Oleh itu, selain modul yang telah diedarkan kepada para pelajar, pembelajaran boleh diteruskan oleh para dengan bantuan video-video yang telah dimuatnaik dalam platform ePTRS ini.

“ePTRS.my ini juga boleh diakses oleh para pelajar yang tidak menyertai PTRS.

“Setiap sekolah di Negeri Selangor telah disediakan ID untuk mereka akses ke platform ini secara percuma,” ujarnya.

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan pembukaan sekolah yang bermula pada 20 Januari nanti hanya kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6.

Sementara pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan besar pula diarah untuk meneruskan sistem pembelajaran secara BDR. – SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button