PolitikPRK

Polis jangka kempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai makin agresif

Polis menasihatkan pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai supaya mengelak daripada melakukan provokasi antara satu sama lain yang mengancam kenteraman dan keselamatan awam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kempen dijangka semakin agresif menjelang hari pengundian pada 16 November ini.

Sehubungan itu, kata beliau, pada sidang akhbar di Johor Bahru sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka daripada 24 laporan yang diterima berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai sepanjang proses kempen berlangsung di kawasan itu.

Mohd Kamarudin, berkata antara kes yang dibuka kertas siasatan termasuk kes bendera parti yang dilaporkan dicabut di sekitar Kampung Baru Permas dan kes berkaitan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kes basikal lajak.

Katanya, dua kes daripadanya sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.


Dalam pada itu beliau turut berharap proses kempen yang menggunakan kenderaan mendapatkan permit daripada pihak polis supaya tugas pemantauan mudah dilakukan.

(Visited 9 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button