Politik

Hannah dapat kumpul RM52,433.49 dalam masa 16 jam

AHLI Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mengambil tindakan memohon sumbangan ramai berikutan peruntukan kepada Parlimen tidak diberikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Selepas kempen untuk mendapatkan sumbangan ramai itu dimulakan semalam, beliau berjaya mengumpul sebanyak RM52,433.49 apabila seramai 146 orang tampil menderma.

“Terharu dengan kebaikan ramai penyokong yang prihatin berhubung isu peruntukan pembangkang yang saya ketengahkan semalam.

“Saya yakin untuk terus berusaha melihat dorongan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh anda semua.”

Kata Hannah dalam satu kenyataan ini memaklumkan jumlah dana terkumpul selepas 16 jam tabung itu dilancarkan.


Sebelum ini, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu memaklumkan, beliau tidak menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan.

Ekoran itu, beliau memberitahu peruntukan tersebut digunakan untuk membayar gaji kakitangan, sewa pejabat, bayaran bil dan perbelanjjaan lain.

Oleh demikian, beliau memberitahu tanpa peruntukan tersebut terpaksa berhadapan kesukaran utnuk mengekalkan kakitangannya supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Dalam pada itu, Hannah turut mendedahkan mengenai peruntukan bernilai RM3.5 juta untuk diberikan kepada pertubuhan dan program dijalankan di Segambut.

Namun, beliau mendakwa sehingga kini tidak tahu perkembangan peruntukan tersebut terutama selepas pertukaran kerajaan ketika ‘Langkah Sheraton’.

“Jumlah peruntukan RM3.5 juta diberikan sebagai geran kepada mana-mana pertubuhan dan program yang dijalankan di Segambut serta untuk tujuan projek infrastruktur seperti di sekolah dan taman rekreasi.

“Peruntukan ini kini disalurkan oleh Kerajaan PN melalui ahli politik PN yang tidak dipilih oleh rakyat di Segambut.

“Kami tidak mempunyai sebarang maklumat bagaimana peruntukan ini dibelanjakan sejak Langkah Sheraton. Tidak ada sesiapa pun yang tahu.

“Saya sentiasa memaklumkan jumlah peruntukan yang dibelanjakan dalam laman sesawang saya. Ini telah menjadi amalan sejak saya menjadi Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) di Subang Jaya lagi,” katanya,” jelasnya.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan hanya menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada kerajaan. – SM

(Visited 233 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button