JenayahNasional

Tempoh reman lelaki tembak wanita hamil disambung

TEMPOH reman terhadap seorang lelaki berusia 40 tahun disambung enam hari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang wanita mengandung yang ditembak di bahagian perut di Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, tempoh reman lelaki yang mempunyai hubungan dengan mangsa itu disambung sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, kita juga memburu seorang suspek lelaki berusia 21 tahun untuk membantu siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, media melaporkan, mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, yang mengandung tujuh bulan ditemukan pada pukul 4 petang Sabtu lalu oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Berikutan kejadian itu, lelaki berusia 40 tahun ditahan dan direman lima hari bermula 5 Jun lalu sehingga semalam. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button