NegeriTravel

Pelancong disyor guna peluang teroka keistimewaan Kampung Ngulang

PELANCONG yang berkunjung ke Perlis disyorkan mengambil masa antara empat hingga lima jam bagi meneroka pelbagai keistimewaan yang terdapat di Kampung Ngulang.

Kunjungilah Batik Inderawasih, perusahaan dimiliki oleh Zarina Salleh yang mengetengahkan identiti seni moden.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah di Rumah Tradisional milik Mohd Amri Kapli di Kampung Ngulang sempena program Kayuhan MAIPs Peduli kali ke-7 2024, petang semalam.

Pelawat yang tidak dikenakan bayaran ini berpeluang melihat proses batik yang telah disediakan dan terdapat juga “kit batik” untuk dibeli bagi mencuba melukis batik di rumah masing-masing.

Riverview Homestay yang terletak bersebelahan sungai pula menawarkan penginapan yang selesa dengan pemandangan serta persekitaran pinggir desa yang nyaman.

Di sini penginap homestay boleh mandi-manda serta berkayak di sungai tersebut selain menyewa ATV, basikal atau motosikal untuk bersiar-siar dalam kawasan kampung.

Ngulang Kopitiam pula merupakan sebuah restoran bertemakan klasik 1940-an yang menawarkan sajian istimewa seperti Nasi Rendang, Ketupat Sotong, Pek Nga Gulai Ikan, Pulut Hitam Ikan Masin, Lontong, Nasi Dagang, Laksa Nyonya dan bermacam lagi.

Rumah Tradisional milik Mohd Amri Kapli pula merupakan sebuah kediaman peribadi yang mengumpul pelbagai barang antik seperti keris, alat muzik tradisional, basikal lama, motosikal, alatan bertani lama dan bermacam lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar di hadapan Ngulang Kopitiam ketika singgah bersama peserta program Kayuhan MAIPs Peduli kali ke-7 2024, petang semalam.

Pembinaan yang berteraskan kayu dan seni bina klasik ini juga boleh dikunjungi secara percuma.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melawat keempat-empat lokasi pelancongan menarik tersebut sempena program Kayuhan amal MAIPs Peduli kali ke-7 2024, petang semalam.

Kayuhan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tersebut turut disertai oleh ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri dan Persekutuan bagi menyantuni dan menyalurkan bantuan MAIPs kepada asnaf-asnaf terpilih di rumah masing-masing.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada Ramli Saleh, 80, dari Kampung Dato Kayaman, Mat Saad Hassan, 75, dari Kampung Ngulang dan Che Hasan Che Man, 72, dari Kampung Perawah.

Setiap penerima mendapat bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli, beras fidyah serta sebuah kipas yang disumbangkan oleh Pengarah Urusan SHT Engineering Sdn Bhd, Muhammad Aiman Loh.

Senentara itu, Exco Pelancongan Negeri, Wan Badariah Wan Saad yang turut mengiringi Baginda dalam program itu menjunjung setinggi kasih kepada Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang sentiasa berkenan mempromosikan pelancongan untuk negeri ini termasuklah Kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 tidak kira di mana sahaja Baginda berdua berada baik di dalam mahupun luar negara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah bersama peserta program Kayuhan MAIPs Peduli kali ke-7 2024 di salah sebuah lokasi di Kampung Ngulang, petang semalam.

Untuk rekod, berhampiran kampung yang mempunyai beberapa pengusaha homestay ini juga terdapat Bukit Ngulang yang merupakan sebuah gua batu kapur menarik yang boleh diterokai dengan menggunakan pemandu jalan tempatan.

Gua ini terkenal dengan pembentukan stalaktit dan stalagmite yang berbentuk chandelier dan kepala buaya.- SM

BACA Penggiat industri pelancongan perlu bekerjasama – Raja Muda Perlis

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button