NasionalNegeri

Angpau dari pemimpin gembirakan warga emas sambut TBC

WARGA emas dari masyarakat Tionghua gembira berganda pada Tahun Baharu Cina (TBC) kerana bukan sahaja dapat berkumpul semula dengan anak dan cucu tetapi menerima angpau daripada pemimpin.

Ini berikutan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim meraikan warga emas dengan memberi angpau antara RM200 hingga RM250 seorang bagi meraikan sambutan TBC.

Majlis penyampaian angpau itu diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Pauh Setia, Arau, Perlis, hari ini.

Ia melibatkan 600 orang penerima dari Pauh, Guar Sanji dan Tambun Tulang.

Manakala 400 penerima lagi dari Sanglang dan Simpang Empat.

Salah seorang warga emas yang ditemui, Lim Kim Nai, 87, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Pauh 1 merasa bertuah dipilih menerima angpau.

“Angpau ini nanti saya akan guna untuk dibelanjakan apabila cucu dan cicit pulang berhari raya,” katanya.

Beliau yang ditemani anak lelakinya itu masih sihat dan mampu mengisi masa lapang dengan menanam bunga.

Seorang lagi penerima, Tan Haw Mook, 84, dari Taman Jejawi, Arau tidak menyangka akan mendapat angpau dari pemimpin.

“Angpau ini sebagai tanda ingatan beliau tidak pernah lupakan rakyat khususnya warga emas bagi menyambut TBC,” katanya.

Beliau akui sambutan raya kali ini lebih seronok kerana anak-anak balik dan dijangka hampir 20 ahli keluarga akan makan besar besama-sama nanti. – SM

 

 

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button