Uncategorized

Peguam Siti Bainun jelaskan punca tarik diri

KES penderaan kanak-kanak OKU melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mendapat perhatian warganet apabila lima peguam mewakilinya menarik diri.

Alasan tarik diri dari mengendalikan kes tertuduh Siti Bainun ialah tidak berkelapangan dari segi masa.

Kesemua peguam berkenaan bagaimanapun mendapat kecaman netizen peguam yang popular menerusi media sosial Nur Hafidzah Hassan.

Menepis dakwaan kecaman yang dilemparkan oleh netizen, Hafidzah menjelaskan di ruangan komen Instagram akaunnya punca beliau menarik diri dari mengendalikan kes tersebut.

Katanya, berlaku pertindihan tarikh dengan kes lain yang dikendalikan menyebabkan beliau dan pasukan terpaksa menarik diri. Apatah lagi beberapa kes kendaliannya telah ditetapkan tarikh lebih awal.

“Tiada siapa yang meninggalkan Bainun dan ia tidak melucukan. Pertindihan tarikh menyebabkan kami terpaksa menarik diri” tulis Hafidzah di ruangan komen IGnya.

Katanya lagi, mereka juga sudah memaklumkan mahkamah sejak Disember tahun lepas lagi, pada Januari, Februari dan Mac ini, tiada kelapangan tarikh bagi pihak peguam.

Terdahulu Siti Bainun sebak dan menitiskan air mata di kandang saksi di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur apabila diberitahu oleh Hakim yang peguam mewakilinya menarik diri daripada mengendalikan kes.

Hakim juga meminta tertuduh agar mencari seorang sahaja peguam yang lebih bertanggungjawab untuk meneruskan kes tersebut.

Difahamkan mahkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini sebagai tarikh sambung perbicaraan membela diri tertuduh manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga esok, dilapangkan. – SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button