Nasional

Gangguan bekalan air di Kedah, Pulau Pinang pulih sepenuhnya esok

GANGGUAN bekalan air di beberapa kawasan di negeri Kedah dan Pulau Pinang akibat penurunan paras air Sungai Muda secara mendadak, dijangka pulih sepenuhnya pada petang esok.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran dan Tenaga Kedah, Datuk Mohamad Yusoff Zakaria berkata, air dari kolam takungan Empangan Beris dilepaskan semalam bagi menampung penurunan paras air secara mendadak di Sungai Muda.
Beliau berkata, pihaknya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 72 jam untuk memulihkan paras air di Sungai Muda kepada normal susulan pelepasan air.
“InsyaAllah, apabila paras air di sungai stabil, kita boleh menjangkakan bekalan air terawat ke semua kawasan terjejas dapat dipulihkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Nasser Salim berkata, pintu pagar penghadang yang pecah sehingga menyebabkan paras air melimpah secara tiba-tiba ditutup pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kerosakan pada sensor pintu barrage automatik yang menyebabkan pintu barrage terbuka dan menyebabkan jumlah air yang berlebihan mengalir terus ke lautan. -SM

BACA JUGA : Khairunnisa dapat tanah dalam bandar, cuma bayar RM500,000

 

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button