Nasional

Tiada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Arau tahun ini

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ Istana Arau, yang lazimnya diadakan setiap tahun di Dataran Majlis, Istana Arau, pada Hari Raya Pertama, tidak akan diadakan tahun ini.

Titah baginda, ia berikutan situasi wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini, masih belum dapat dibendung sepenuhnya serta mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan, rakyat jelata.

“Semoga wabak COVID-19 ini akan segera diatasi dan seluruh rakyat diberikan kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT,” titah baginda, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

— BERNAMA

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button