Nasional

Kaligrafi Cina pupuk semangat perpaduan, Jawi bagaimana pula, tanya warganet

ITAJUK berita Bulletin Utama TV3 ‘Kaligrafi Cina Pupuk Semangat Perpaduan’  malam tadi betul-betul mengundang pertanyaan daripada penduduk alam siber.

Berita bercorak kemasyarakatan dan minat ramai itu turut dilaporkan oleh beberapa agensi berita lain.

Ia merupakan liputan berita berkaitan Bengkel Seni Kaligrafi Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai yang diadakan semalam.

Bengkel tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dan beberapa orang rakyat Malaysia pelbagai keturunan yang begitu tekun belajar kaligrafi warisan masyarakat Cina.

Tajuk berita Kaligrafi Cina Pupuk Semangat Perpaduan tersebut mengundang pertanyaan warganet.

Bagi mereka jika masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang berminat untuk mempelajari kaligrafi Cina dianggap sebagai memupuk semangat perpaduan adakah penolakan terhadap tulisan Jawi oleh setengah setengah pihak pula kerana memupuk semangat perpecahan.

Warganet menzahirkan rasa hairan dan melemparkan pelbagai pertanyaan kepada Ahli Parlimen Pantai itu di Facebooknya yang turut berkongsi petikan berita daripada pelbagai agensi.

“YB nak tanya tulisan Jawi boleh memecah belahkan perpaduan dak?” soal Muhd. Fadzil Nor.

“YB ajar Jawi ini pun salah ke? Tanya Syazwan Elmuhammady.

“Kaligrafi Cina perpaduan, tulisan Jawi perpecahan macam tu ye?” soal سلاماپا جي

“Bab kaligrafi Cina laju je memupuk semangat perpaduan bab Jawi kau diam macam orang bisu. Sepatah haram pos pun tak ada  mempertahankan Jawi,” komen Amir Yusof.

“Jawi sepatutnya pupuk perpaduan sebab ada pada wang kertas, pada jata negara, pada jata negeri,” saran Ahmad Nazir Mohd. Azmi.

“Begitulah. Kita dimomok-momokkan dengan naratif yang memualkan dan berat sebelah. Bila Jawi dikatakan pupuk perpecahan,” kata Zaki Zainun.

“Tuan jangan lupa mertabatkan tulisan Jawi ya,” cadang Muhammad Fadzly Mohd. Yusof.

Umum tahu ketika ini Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berusaha keras memastikan tulisan Jawi tidak diajar di sekolah vernacular. Malahan kain pemidang menolak tulisan Jawi turut digantung di beberapa sekolah jenis kebangasan.

Bantahan kumpulan itu sampai kepada kemuncak apabila mahu mengadakan kongres yang menghimpunankan persatuan Cina Malaysia untuk menolak pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernacular.

Namun pihak polis berjaya menghalang kongres yang menimbulkan keresahan masyarakat dan ketidak tenteraman awam apabila berjaya mendapatkan perintah mahkamah.

Dong Zong tidak berputus asa dan pada Khmais lalu persatuan Cina berjaya menyerahkan memorandum penolakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular kepada Kementerian Pendidikan.-SM

(Visited 810 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button