NasionalNegeri

Raja Perlis berkenan terima mengadap Perdana Menteri dalam lawatan sehari

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Arau, pada kira-kira pukul 11.37 pagi ini.

Ini merupakan kali pertama Anwar menghadap Raja Perlis selepas beliau mengangkat sumpah jawatan pada 24 November tahun lepas.

Anwar (kanan) ketika disambut Mohd Shukri dan Hasnol Zam Zam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar. – (Gambar Ihsan FB SUK).

Baginda berkenan meluangkan masa kira-kira dua jam bersama Anwar.

Hadir sama, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Anwar dalam rangka lawatan sehari ke Perlis hari ini.


Anwar semasa berucap di hadapan kakitangan awam di Dewan 2020 Kangar.

Ketibaan beliau disambut oleh Mohd Shukri di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar pada kira-kira pukul 11 pagi.

Perdana Menteri kemudiannya bertemu dengan 1, 200 kakitangan awam di Dewan 2020 Kangar. – SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button