Nasional

Balik kampung punca kes positif Covid-19 meningkat

SIKAP degil rakyat Malaysia termasuk berlumba-lumba balik kampung apabila larangan rentas negeri diumumkan menjadi punca kawasan yang zon hijau kembali menjadi merah.

Ini ekoran terdapat mereka yang datang dari zon merah terutama Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang menyebarkan virus tersebut apabila balik kampung.

Ini yang berlaku di Perlis apabila daripada sifar kes Covid-19 negeri itu kini mencatatkan tiga angka. Semua gara-gara sikap pentingkan diri sendiri untuk balik kampung.

Kumpulan ini langsung tidak peduli risiko yang mereka bawa bersama ketika balik kampung terutama apabila menziarahi ibu bapa atau saudara mara yang berusia.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man memberitahu, hanya dalam masa beberapa hari kes positif di negeri itu meningkat dan ia dijangka akan terus bertambah ekoran ada 153 individu dari zon merah yang menjalani ujian saringan belum memperolehi keputusan.

Katanya, semua peningkatan kes itu disumbangkan oleh individu-individu bergejala dari zon merah sepanjang.

“Mereka datang ke Perlis sama ada sebagai pelancong, balik kampung kerana bercuti atau hadir majlis-majlis kenduri.

“Saya sedar rakyat Perlis bimbang dengan situasi ini dan saya juga bimbang. Tetapi saya yakin semua yang terlibat sedang berusaha mengekang dan menangani penularan wabak

“Kita sebagai rakyat wajib berikan kerjasama,” katanya.

Sebelum ini Perlis merupakan negeri yang berstatus hijau dan kes positif mula menunjukkan peningkatan sejak awal bulan ini dan sehingga semalam sebanyak 51 kes aktif direkodkan. – SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button