fbpx
Nasional

UPSR, PT3 dibatalkan

UPSR dan PT3 tahun ini, dibatalkan. Ini ekoran keadaan semasa negara yang turut terjejas ekoran wabak COVID-19, demikian diumumkan oleh Menteri  Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin.

Berikut adalah enam perkara pokok yang dibangkitkan oleh Radzi:

  1. Sesi persekolahan ditangguh dahulu sehingga keadaan betul-betul pulih.
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan umum pembukaan semula sesi persekolahan dua minggu sebelum.
  3. SPM dan Sijil Vokasional ditunda ke suku pertama Tahun 2021.
  4. Peperiksaan STAM akan dijalankan pada suku pertama 2021.
  5. UPSR dan PT3 bagi Tahun 2020 adalah DIBATALKAN dan tidak akan menjejaskan penilaian murid-murid kerana penilaian boleh dijalankan dengan pelbagai cara dan tidak tertumpu kepada aspek akademik sahaja.
  6. Pembukaan semula sesi persekolahan adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan atas nasihat KKM dan MKN.

Sementara itu memetik lapora Bernama  pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah, kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.


“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan, untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya.

Katanya KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan, akses murid kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diberi keutamaan.

Mohd Radzi berkata, keputusan itu terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021.

Untuk calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), jelasnya tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button