NasionalpilihanUncategorized

Remaja 13 tahun dan nenek antara ditahan sertai parti liar

SEORANG remaja berusia 13 tahun antara yang ditahan kerana terlibat dengan satu parti liar yang diadakan sebuah kediaman mewah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.55 malam semalam.

Difahamkan, remaja itu hadir ke parti liar yang dianjurkan oleh seorang gadis berusia 23 tahun tersebut dengan mengikut abangnya.

Gadis tersebut menganjurkan parti liar itu bertujuan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya sendiri.

Turut ditahan dalam serbuan tersebut ialah seorang wanita berusia 54 tahun yang sudah mempunyai dua cucu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, secara keseluruhan sebanyak 17 pengunjung ditahan semalam iaitu lapan lelaki dan sembilan wanita.

“Hasil pemeriksaan turut menemukan  dadah jenis Pil Ecstasy (10.73 gram) dan ketamin (2.88 gram)

“Turut dirampas kunci dan kad akses premis tersebut, seunit pembesar suara dan seunit lampu laser,” katanya.

Jelasnya, ujian saringan awal juga mendapati lapan pengunjung disahkan positif dadah jenis methaphetamine dan ketamin.

Ujarnya, soal siasat awal ke atas penganjur mendapati premis tersebut disewa dengan harga RM350 sehari dan tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung lain yang hadir.

“Semua pengunjung turut dikenakan kompaun individu berjumlah RM2,000 di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (Pelan Pemulihan Negara) (No. 2) 2021.

“Jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan adalah berjumlah RM34,000.00,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 melibatkan Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) manakala pemilik kediaman dan juga penganjur boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 548 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button