Hiburan

Pes Balado: Berniaga bukan untuk senang…Pak Nil

TIDAK sukar bagi insan bernama Datuk Aznil Nawawi menjual produk makanannya, pes Balado Pak Nil kepada pelanggan kerana personaliti yang disenangi ramai itu mempunyai aura dan tarikan tersendiri.

Jengok ke Instagram Aznil atau Pak Nil, pes baladonya laku keras dan beliau melahirkan rasa terkejutnya kerana dalam tempoh empat jam sejurus diperkenalkan kepada khalayak, beliau menerima tempahan yang banyak.

Siapa sangka tempahan awal 4,000 pek adalah angka dua kali ganda kerana menurut Pak Nil, beliau memperuntukkan  2,000 pek pes sebagai jualan pembukaan.

“Tempahan dibuka sekitar pukul 6 petang tetapi pada pukul 10 malam, kesemua pes telah habis dijual. Lebih mengejutkan, saya menerima tempahan berganda dari sasaran asal,” katanya.

Beliau mengakui, pada mulanya, merancang untuk menjual 2,000 pek pes sahaja tetapi pengikut-pengikut di laman Instagram Pak Nil yang tahu nombor akaun bank milik Pak Nil, awal-awal lagi membuat pembayaran.

Itu, akui Pak Nil lagi, kemungkinan menjadi faktor mengapa jualannya meningkat dua kali ganda sambil menambah, beliau berniaga bukan untuk senang sebaliknya lebih kepada berkongsi rezeki apa yang ada. – SM

(Visited 477 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button