NasionalNegeri

Pelajar Orang Asli Gua Musang ketinggalan dalam PdPR

KELENGKAPAN dan liputan internet masih lagi menjadi isu utama dalam kalangan pelajar terutama bagi Orang Asli yang kurang berkemampuan.

Umum tahu, kampung Orang Asli sememangnya agak jauh daripada kemudahan berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian (PdPR).

Khususnya melibatkan perkhidmatan jaringan internet di kawasan kediaman menyebabkan para pelajar dalam kalangan komuniti ini ketinggalan dalam PdPR.

Seperti yang berlaku di Gua Musang, Kelantan, pelajar Orang Asli di sana masih lagi belum memulakan sesi persekolahan 2021 menerusi PdPR walaupun ia sudahpun bermula di seluruh negara sejak 20 Januari.

Justeru, satu usaha sedang digiatkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) termasuklah mengenalpasti kaedah pembelajaran yang sesuai.

“Antara cadangannya mungkin pembelajaran akan dibuat dengan menyediakan bahan-bahan bercetak kepada murid-murid terlibat.

“Jakoa bersedia untuk membantu dari aspek sokongan termasuk membuat penghantaran bahan dan pemantauan.”

Kata Ketua Pengarah Jakoa, Prof. Dr. Juli Edo, seperti dipetik laporan portal berita Malaysiakini hari ini.

Untuk makluman, rentetan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari lalu, sesi persekolahan secara bersemuka yang sepatutnya bermula pada 20 Januari ditangguhkan.

Sebaliknya, sesi persekolahan melalui PdPR berjalan sejak tarikh itu dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama 2020 seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

Ini kerana, peperiksaan tersebut yang sepatutnya berlangsung pada November tahun lalu ditangguhkan kepada Februari ini.

Petempatan Orang Asli seperti di sekitar Gua Musang adalah satu daripadanya yang berdepan dengan ketiadaan liputan internet.

Tambah Juli,  sebagai jabatan sokongan Jakoa akan cuba memberikan kerjasama sebaiknya dalam sebarang keputusan yang akan diambil. – SM

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button