Nasionalpilihan

RM59.4 juta diperuntukkan kepada JAKOA bagi mendokong Dasar Pendidikan Negara

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah memperuntukkan RM59.4 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi usaha mendokong Dasar Pendidikan Negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jumlah ini merangkumi penyediaan pengangkutan murid ke sekolah, pakaian seragam sekolah, wang saku untuk pelajar sekolah menengah, keperluan diri untuk pelajar yang tinggal di asrama dan pelbagai lagi bantuan bagi pelajar Orang Asli.

“Pendidikan adalah asas dalam usaha kerajaan untuk memperbaiki nasib Orang Asli. Ini menunjukkan bahawa tiada satu pun dalam kalangan Keluarga Malaysia disisihkan oleh kerajaan.

Mereka turut berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sama seumpama warganegara Malaysia yang lain,”

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika bersama media di Majlis Anugerah Murid Cemerlang Orang Asli 2021 di Bangi hari ini. Foto: UKK KPLB

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Anugerah Murid Cemerlang Orang Asli 2021 di Bangi hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah Dato’ Mohd Nor.

Mahdzir turut memaklumkan atas  kerjasama strategik JAKOA-MARA melalui Young Talent Development Programme (YTP), pelajar orang asli lepasan SPM yang memperoleh keputusan cemerlang kini turut berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Selain daripada YTP, terdapat beberapa program di bawah Penganjuran Pelajaran seperti World’s Top Universities (WTU), IPMA Excellent Programme (IESP), Graduate Excellent Programme (GrEP), Professional Development Programme (Pro-P) turut menawarkan peluang kepada anak-anak Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

“Sejak 2010, seramai 131 belia Orang Asli telah mendapat manfaat daripada kerjasama ini.

Bukan hanya di institusi pendidikan luar negara, kerjasama strategik seumpama ini turut dijalinkan dengan IPTA dan IPTS tempatan seperti UNITEN, UPNM, UCAM dan Kolej FELCRA bagi memberi lebih pilihan kepada pelajar Orang Asli.

Bagi pelajar yang memilih untuk melanjutkan pembelajaran di dalam bidang kemahiran, KPLB turut menawarkan program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada masyarakat Orang Asli,”

Beliau dalam pada itu turut mengalu-alukan belia Orang Asli untuk menyertai TVET bagi melahirkan belia yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi.

“Untuk tahun 2022, sejumlah 679 belia Orang Asli telah mengambil inisiatif untuk menyambung pengajian di institusi TVET dalam pelbagai bidang dan telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.

Saya percaya 76 belia Orang Asli yang berada di hadapan saya ini adalah hasil daripada usaha gigih anda semua dan memberikan 110% untuk masa hadapan, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada ibu bapa, guru-guru dalam memberikan sokongan dan dorongan sehingga mencapai keputusan yang membanggakan,”

Bersempena majlis pada hari ini, pelajar cemerlang yang diraikan turut membawa pulang sijil dan wang tunai sebagai insentif bagi menghargai mereka dalam memberikan yang terbaik dalam peperiksaan. – SM

Artikel berkaitan > JKOA perkasa Program Keusahawanan Orang Asli

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button