BeritaPendidikan

Suasana kondusif penting semasa PdPR – Raja Muda Perlis

Tempat belajar yang kondusif sangat memainkan peranan penting untuk seseorang memulakan sesi pembelajaran mahupun ulangkaji khususnya apabila ianya dilaksanakan di rumah.

Tempat yang suasananya sunyi, tenang, terang, bersih dan terhindar daripada sebarang gangguan pastinya memudahkan seseorang itu untuk belajar dengan lebih baik.

Sebaiknya elakkanlah berada di tempat yang terlalu bising, bingit, berbahaya, berhabuk, kotor, gelap mahupun terdapat aktiviti lain di sekeliling yang akan mengganggu tumpuan ketika sedang belajar.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang prihatin mengenai cabaran para pelajar baik diperingkat sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi, terutamanya dalam Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) akibat daripada pandemik Covid-19.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menitah, bila kelas dijalankan melalui platform secara atas talian, para ibubapa, pendidik serta pelajar bukan sahaja berhadapan cabaran besar bagi menyediakan peranti, pelan data dan juga memastikan kehadiran pelajar, tetapi juga tahap motivasi, disiplin serta konsentrasi mereka adalah amat penting untuk diberi perhatian setiap masa.

“Tahap mental para pelajar juga wajar diberi perhatian agar mereka tidak hilang minat terhadap pembelajaran dan ibubapa amat memainkan peranan penting dalam memantau dan memastikan anak-anak mereka yang mengikuti PdPR secara atas talian sentiasa konsisten memberi tumpuan melalui sokongan ibubapa itu sendiri”, titah baginda.

Pada masa yang sama Tuanku Raja Muda turut menitah nasihatkan kepada semua para pelajar di segenap peringkat di negeri ini agar bijak memilih waktu yang sesuai untuk minda dan badan masing-masing belajar serta dapat menerima ilmu yang dipelajari dengan lebih berkesan.

“Antara waktu yang terbaik yang sering dicadangkan oleh pakar motivasi adalah pada waktu pagi sebelum atau selepas subuh dan juga waktu malam selepas Isyak. Pada waktu begini, minda kita dikatakan berada dalam keadaan yang sangat aktif dan segar untuk memproses sebarang bentuk maklumat. Justeru, sentiasalah bijak dalam mengatur masa belajar masing-masing dengan sebaiknya”, titah baginda.

(Visited 782 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button