Nasional

Tak wajar wajibkan penduduk kondominium buat ujian saringan

PIHAK pengurusan kondominium atau pangsapuri berservis tidak wajar mewajibkan penduduk sama ada pemilik atau penyewa untuk menjalani ujian saringan Koronavirus (Covid-19).

Ini kerana, ujian saringan tersebut tidak akan melindungi penduduk daripada dijangkiti wabak pandemik itu.

Malah, penduduk juga masih berisiko menyebabkan jangkitan kepada orang lain kerana keputusan ujian hanyalah untuk tempoh ketika ia dikeluarkan.

Ujian saringan itu tidak bermakna menolak risiko daripada menerima jangkitan ketika berada dalam rumah masing-masing atau dalam kawasan kondominium.

Adakah, pengurusan akan melarang penduduk yang didapati positif daripada masuk ke rumah mereka?


“Ini kerana ujian calitan hanya memberitahu anda jika orang itu mempunyai virus pada saat ujian itu diambil.

“Walaupun penyewa menunjukkan hasil ujian Covid-19 yang negatif, ia tidak melindungi mereka daripada dijangkiti virus kemudian hari dan berpotensi menyebarkannya kepada penduduk lain.”

Kata pakar kesihatan awam dari Universiti Monash Malaysia, Mark Cheong, seperti dipetik laporan Malaysiakini hari ini.

Sementara itu, penyelidik kesihatan awam, Lim Chee Han, memberitahu terdapat beberapa perkara perlu dipertimbang sebelum ditentukan seseorang itu positif Covid-19.

Ini termasuklah sama ada mereka baharu lepas menjalani rawatan dan kuarantin di hospital atau pusat kuarantin (baharu pulih), kerana pada ketika itu virus tidak lagi boleh menjangkiti orang lain.

“Saya dapat memahami mengapa majikan harus memikul tanggungjawab dan menyaring pekerja mereka; ini kerana pekerja mereka harus keluar dan menghubungi orang lain untuk tujuan kerja.

“Tetapi mengapa ada keperluan bagi penduduk kondominium untuk diuji? Lagipun, kosnya tinggi.

“Selain itu, ujian satu kali tidak begitu berkesan untuk mengekang virus,” jelasnya.

Tambahnya, penjejakan kontak lebih penting, kecuali ada kes yang disahkan di bangunan itu, maka mereka dapat mengesan kontak rapat dan meminta mereka melakukan ujian calitan. – SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button