Nasional

Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian

Polis mengesahkan menerima laporan empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu ketika bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat oleh pengadu semalam setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.

“Siasatan telah dijalankan dan mendapati kesemua mangsa yang merupakan dua anak, ibu serta adik lelaki pengadu telah pergi ke Pulau Perhentian pada 29 September lalu dan menginap di Senja Bay Resort sebelum mendaftar keluar jam 8 pagi, 1 Oktober lalu.

“Siasatan juga mendapati kesemua mangsa ada mengikuti aktiviti snorkeling pada 29 dan 30 September lalu dan pengendali bot memaklumkan telefon ibu dan adik pengadu telah terkena air dan tidak dapat dihidupkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Rozak berkata, mangsa telah menaiki bot sekitar jam 8 pagi dan tiba di jeti Kuala Besut sekitar jam 9 pagi.

Katanya lagi, mangsa juga ada memberitahu akan ke Batu Buruk di Kuala Terengganu setelah keluar dari Pulau Perhentian.

“Pihak polis diberitahu mangsa menggunakan kereta jenis Proton Saga BLM warna biru muda dengan nombor pendaftaran JRW6380.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan yang digunakan mangsa telah dikesan bergerak keluar dari pekan Kuala Besut menuju ke arah jambatan Seberang Kastam sekitar jam 10.06 pagi pada 1 Oktober lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini kesemua mangsa masih gagal dihubungi dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan kesemua mangsa,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nur Izzati Arina di talian (017-3792157) atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut (09-6956222) atau mana-mana balai polis berdekatan.

Katanya, orang ramai diberi amaran agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang akan mengganggu siasatan.

Semalam, tular hantaran oleh seorang pemilik akaun Facebook yang meluahkan kebimbangannya mengenai kehilangan dua anak, ibu serta seorang adik lelakinya yang gagal dihubungi sejak Sabtu lalu. – SM

BACA Kualiti air Pulau Perhentian antara yang terbaik

BACA 15 bot digunakan bawa keluar 385, bayi keluar dari Pulau Perhentian

 

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button