Nasional

15 bot digunakan bawa keluar 385, bayi keluar dari Pulau Perhentian

KESEMUA 385 pelancong yang terkandas di Pulau Perhentian sejak Jumaat lalu kini dibawa keluar dari pulau tersebut mulai pgi tadi.

Presdien Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian, Abdul Aziz Che Abdullah berkata, kesemua pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi dibawa dengan menggunakan 15 bot pelancong sejak pukul 7.30 pagi.

Menurut beliau, keadaan cuaca baik dan laut tidak lagi berombak kuat memboleh usaha membawa keluar semua pelancong dapat dijalankan.

“Kesemua 15 bot yang digunakan untuk membawa kesemua pelancong akan berulang alik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut sehingga kesemua pelancong selamat dikeluarkan dari pulau itu,” katanya.

Kesemua pelancong yang menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian terkandas sejak Jumaat lalu ekoran keadaan laut bergelora dan angina kencang.

Keadaan itu menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan sehingga keadaan ombak kembali reda. – SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button