Nasional

Selangor tegas ambil dos penggalak Covid-19, boleh solat Jumaat

KERAJAAN Negeri Selangor hari ini menegaskan hanya individu yang telah mengambil dos penggalak Covid-19 mendirikan solat fardhu Jumaat berdasarkan perkenan Sultan Selangor sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi Jawatankuasa negeri Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam kenyataannya memaklumkan perkenan Sultan Selangor melalui surat arahan Jabaan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 Februari lalu.

“Surat arahan tersebut, Arahan Mempertingkatkan Penguatkuasaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Masjid, Surau Dan Musolla Negeri Bagi Mengawal Pandemik Covid-19.

“Sesungguhnya perkenan ini merupakan keprihatinan Baginda untuk mengelakkan jangkitan pandemik Covid-19 setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berikutan perkembangan terkini jangkitan pandemik tersebut,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan menggalakkan rakyat di Selangor mengambil dos penggalak adalah bertepatan dengan salah satu prinsip Maqasid Syariah iaitu memelihara nyawa.


“Dan kerajaan negeri amat prihatin terhadap kesihatan dan kemakmuran rakyat serta sentiasa berusaha mengambil tindakan terbaik untuk mencapai maksud tersebut,” ujarnya.

Katanya lagi, kerajaan juga yakin bahawa perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mewajibkan pengambilan dos penggalak bagi menyertai solat fardhu Jumaat di masjid adalah berasaskan konsep Fiqhiyyah iaitu sad adz-dzara’i.

“Konsep ini bermaksud mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kea rah kerosakan dan bahaya,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Zawawi menasihatkan rakyat negeri Selangor agar segera mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin berhampiran bagi memastikan tahap kesihatan diri sendiri, keluarga dan kepintingan awam. – SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button