fbpx
Nasional

Peraturan garam perlu ditambah iodin dikuatkuasa 30 September

PINDAAN Peraturan 285 berkaitan Garam Halus Beriodin atau Garam Beriodin di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah diwartakan pada 12 November 2018 akan dikuatkuasa di seluruh negara bermula 30 September 2020 ini.

Pindaan di bawah peraturan tersebut mewajibkan semua garam halus atau garam yang beratnya 20 kilogram atau kurang perlu ditambah dengan iodin sebelum boleh dijual di seluruh Malaysia.

Kegagalan mematuhi pindaan Peraturan 285 adalah satu kesalahan. Jika disabit kesalahan pengilang dan penjual boleh dikenakan denda tidak lebih sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih dari dua tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pindaan peraturan tersebut susulan hasil dapatan Tinjauan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) Kebangsaan yang menunjukkan 48.2 peratus kanak-kanak sekolah rendah berumur 8 himgga 10 tahun mengalami masalah kekurangan iodin.

“Selain daripada itu, 2.1 peratus kanak-kanak mengalami masalah goiter.


“Tinjaun melibatkan wanita hamil dan murid sekolah itu juga mendapati pengambilan iodin juga tidak mencapai paras optimum,” kata Dr. Noor Hisham.

Pelaksanaan Pengiodinan Secara Universal di Malaysia (USI) dapat membantu meningkatkan pengambilan iodin di kalangan masyarakat memandangkan garam merupakan bahan asas yang digunakan di semua peringkat lapisan masyarakat tanpa mengira status pendapatan.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kepatuhan peraturan ini setelah ianya dikuatkuasakan.

“Pada masa yang sama, pengguna juga diingatkan bahawa pengambilan garam tidak perlu ditingkatkan kerana garam secara berlebihan di dalam makanan pula boleh menjurus kepada penyakit tidak berjangkit yang lain misalnya hipertensi (darah tinggi),” kata Dr. Noor Hisham.-SM

 

 

 

 

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button