Jenayah

Enam termasuk ibu tiga anak ditahan positif dadah

SEORANG ibu beranak tiga antara enam individu yang ditahan selepas didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing dalam sekatan jalan raya, operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di Jalan Syed Abdul Aziz, Kota Laksamana,  malam tadi.

Pengarah JPJ Negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, mereka yang ditahan berumur antara 23 dan 43 tahun dan empat daripadanya positif dadah jenis methamphetamine, ganja dan heroin, masing-masing seorang.

“Seorang lelaki daripada mereka yang ditahan merupakan ahli perniagaan dan tidak mempunyai lesen memandu serta disyaki memiliki dadah.

“Mereka akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut selain kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998,” katanya.

Terdahulu, operasi bersepadu yang bermula pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi sehingga 12 tengah malam melibatkan 103 anggota dan pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi.

Mengulas lanjut Muhammad Firdaus berkata, 528 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 66 kenderaan diambil tindakan, 71 Notis Saman JPJ P(22) dikeluarkan selain dua kereta dan satu motosikal disita berikutan kesalahan tiada lesen memandu.

Muhammad Firdaus berkata lagi, pada operasi tersebut, kesalahan cermin gelap mencatatkan jumlah tertinggi dengan 103 kompaun dikeluarkan diikuti tiada lesen memandu 32 kesalahan.

“Bagi lain-lain kes membabitkan tujuh dikesan tiada lesen kenderaan motor (LKM), tujuh kesalahan nombor pendaftaran serta empat lampu HID.

“Operasi penguatkuasaan ini dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya serta memastikan undang-undang dipatuhi pengguna jalan raya,” katanya. – SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button